Pengurusan Sekolah Tahfiz Kearah Melahirkan Generasi Huffaz Yang Berkualiti

Authors

  • Muhammad Dhiauddin bin Ahmad Termizi Universiti Teknologi Malaysia
  • Abdul Hafiz bin Abdullah Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

pengurusan tahfiz, sekolah tahfiz, hafiz berkualiti

Abstract

Usaha membentuk para hafiz yang berkualiti merupakan satu usaha murni kerana kelak, pembentukan negara oleh para hafiz yang sejati ini akan memacu kejayaan negara. Kemunculan sekolah-sekolah tahfiz dewasa ini yang sangat pantas mengakibatkan
kurangnya pengalaman dalam aspek pengurusan yang menyebabkan kualiti hafazan pelajar tahfiz merundum. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengkaji sistem pengurusan pihak sekolah tahfiz dalam usaha melahirkan pelajar tahfiz yang berkualiti. Selain itu, beberapa saranan akan turut diutarakan bagi membantu pengurusan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dimana kajian kepustakaan dan analisis dokumen-dokumen terpilih yang relevan digunakan. Selain itu, temubual bersama pengurusan sekolah tahfiz di Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) turut diadakan. Kajian ini mendapati bahawa tahap pengurusan MTTNP berada di tahap yang sangat memberansangkan. Kemantapan sistem pengurusan MTTNP telah berjaya meletakkan MTTNP sebaris dengan institusi ternama di Malaysia meskipun MTTNP hanya beroperasi kurang dua tahun sahaja. Justeru, beberapa panduan penting berkaitan pengurusan sekolah tahfiz yang diadaptasi daripada pengurusan MTTNP dikongsi untuk rujukan semua. Diharapkan kajian ini mampu memberikan manfaat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-22