AMALAN PENGAJARAN RASULULLAH SAW MEMBENTUK MASYARAKAT YANG SEJAHTERA

Authors

Keywords:

Teknik Pengajaran Rasulullah SAW, Masyarakat Sejahtera

Abstract

Amalan pengajaran yang kreatif, sesuai, tepat dan berkesan sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan sejahtera. Ini terbukti melalui kajian yang telah dilaksanakan di lima buah sekolah menengah dalam daerah Kulai, Johor melibatkan peserta iaitu guru-guru Tasawwur Islam seramai enam orang. Manakala pelajar Tasawwur Islam yang terlibat sebagai informen seramai enam orang. Metodologi kajian adalah kajian kes dengan reka bentuk kualitatif sepenuhnya melalui instrumen temu bual mendalam, pemerhatian dan dokumen analisis. Hasil temu bual ini dianalisis menggunakan program N'vivo 12 Plus. Dapatan kajian mencapai tahap tepu dengan persetujuan hampir semua peserta memberikan jawapan yang sama menggunakan Metod Pengajaran Rasulullah SAW iaitu teknik bercerita dan metafora, teknik komunikasi yang jelas dan mudah, dan teknik syarahan. Dapatan ini juga boleh dijadikan panduan untuk membentuk masyarakat yang sejahtera.

Downloads

Published

2023-01-10