KESEDARAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA ASAS KEUTUHAN KELUARGA MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Keywords:
Islam, Penghayatan, Rukun Negara dan Keluarga MalaysiaAbstract
Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang amat menitikberatkan perpaduan
dalam kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Manakala Rukun Negara adalah
satu ideologi yang bertujuan untuk menstabilkan kedudukan kaum yang berbilang
bangsa di tanah air Malaysia. Setelah berlaku perbalahan kecil di beberapa buah
negeri dan kemuncaknya tercetus tragedi berdarah 13 Mei 1969, maka Majlis
Perundingan Negara (MAPEN) telah membincangkan isu ini berbulan-bulan dan
hasilnya Rukun Negara diwujudkan dan diisytihar pada ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke-13. Rukun Negara didapati telah berjaya dalam membentuk
perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Namun pada tahun
2020 Malaysia tidak terlepas daripada ujian pandemik COVID-19 selama 2 tahun.
Tidak dinafikan lagi bahawa impak negatif dari pandemik ini, Malaysia sekali lagi
menghadapi ujian yang hampir sama pada tahun 1969. Namun, dengan
kebijaksanaan kerajaan dan kesabaran rakyat, tiada tragedi pertumpahan darah
berlaku. Walaubagaimanapun, isu perpaduan dan keharmonian rakyat kembali
diuji dengan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial. Semasa YAB Dato’ Sri
Ismail Sabri bin Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 melalui
ucapan sulungnya, beliau menekankan konsep baharu iaitu Keluarga
Malaysia.Namun, konsep yang beliau uar-uarkan ini jelas kelihatan menepati
situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini. Penulisan ini bertujuan
untuk menunjukkan kepentingan penghayatan ideologi Rukun Negara, amalan dan
dilaksanakan demi mengukuhkan konsep Keluarga Malaysia. Ia membawa nilai
keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang menjadi asas keluarga besar
ini. Sesungguhnya, elemen penghayatan Rukun Negara dan konsep Keluarga
Malaysia adalah bertepatan dengan nilai-nilai murni yang ditekankan dalam Islam.
Semoga negara kita terus memperoleh lindungan Ilahi dengan usaha bersama, kerajaan dan rakyat mengembalikan penghayatan Rukun Negara. Dengan ini,
diharap Rukun Negara kembali segar dihayati menerusi konsep Keluarga Malaysia
yang merentas sempadan kaum, adat dan agama dalam memulihkan negara dari
impak negatif COVID-19.
