Al-Quran dan Sains
Kata Kunci:
Al-Quran, SainsAbstrak
Sains dan teknologi berkembang maju setiap masa sehinggakan saban hari, terdapat pelbagai penemuan teknologi baru yang muncul. Namun, apa yang lebih menarik ialah penemuan tersebut telah lama dinyatakan di dalam al-Quran al-Karim. Terdapat banyak maksud dan makna yang dinyatakan sejak dahulu lagi. Al-Quran telah wujud 1400 tahun yang lalu manakala penemuan-penemuan sains moden baru ditemui pada abad kebelakangan ini. Antara fakta yang menarik untuk dikupas adalah mengenai kejadian manusia, hujan dan angin sebagai punca tenaga elektrik, orbit matahari dan bulan dalam penentuan tahun dan tenaga, perbezaan lokasi matahari terbit dan matahari terbenam sepanjang tahun serta penemuan sains berkenaan dua lautan yang terpisah. Kertas kerja ini membincangkan integrasi di antara penemuan sains dan teknologi dengan al-Quran sebagai bukti kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan iaitu mengambil makna-makna ayat di dalam al-Quran dengan hujahan fakta daripada penemuan sains dan teknologi masa kini.
